GOLD Analisa Fundamental Harian 7 Dis 2015

28

moshedfx-forex-malaysia-gold-006

Harga emas melonjak lebih $30.50/oz Jumaat lalu, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1,088.85 sebelum menutup sekitar paras $1,087.30; walaupun laporan pekerjaan AS memberansangkan dan menguatkan sentimen kenaikan kadar AS pada mesyuarat FOMC minggu depan.  Para penganalisis mengatakan kenaikan tersebut lebih bersifat kepada pasaran yang terus menyesuaikan diri dengan keputusan ECB yang mengejutkan pada hari Khamis, serta mereka yang mengambil untung jualan sebelum laporan NFP.

Data pekerjaan AS menggegarkan, dengan 211 ribu pekerjaan ditambah berbanding jangkaan hanya 201 ribu, dan kadar penyertaan yang melonjak menunjukkan lebih ramai orang kembali ke pasaran pekerjaan. Kadar pengangguran yang stabil pada 5% serta pendapatan purata sejam yang selari dengan jangkaan pasaran, menunjukkan pasaran pekerjaan AS yang kukuh dan telah bersedia untuk kenaikan kadar buat kali pertama sejak krisis kewangan 2008.

[adrotate group=”6″]

Harga emas telah berlegar-legar sekita paras terendah dalam hampir enam tahun, ekoran jangkaan bahawa Federal Reserve AS tidak lama lagi akan menaikkan kadar. Perpindahan ke kadar yang lebih tinggi, dilihat sebagai melemahkan harga emas, yang tidak membayar sebarang kadar dan terpaksa bersaing dengan aset yang berkadar seperti bon Perbendaharaan.  Walau bagaimanapun, harga yang rendah ini juga telah memberi peluang kepada banyak bank pusat untuk menambah pegangan rizab emas mereka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat