GOLD Beri Petanda Awal Untuk Buat Kenaikan

1,302

Harga emas mula pamerkan kenaikan pada sesi Eropah setelah bergerak mendatar sepanjang sesi Asia bagi dagangan awal minggu ini.

Pada minggu lalu, kenaikan harga emas di atas paras $2000 per auns tidak kekal lama sebelum harga kembali catat kejatuhan semula.

Pada carta XAU/USD, harga emas catat penurunan semula pada Rabu lalu sebelum mendatar sehingga dagangan minggu lalu berakhir dengan paras terendah mingguan dicatatkan mencecah 1911.00.

Pelabur berwaspada untuk dagangan emas sebagai aset safe-haven selepas perkembangan vaksin semakin positif. Keyakinan pelabur yang meningkat dalam pasaran akan mengurangkan tarikan terhadap aset safe-haven seperti emas.

Namun, kenaikan harga emas pada awal sesi Eropah berkemungkinan didorong oleh risiko peningkatan kes Covid-19 di Eropah khususnya di Jerman, Sepanyol dan juga Perancis.

Pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta XAU/USD, harga yang telah bergerak lebih tinggi di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) bakal memberi isyarat awal untuk perubahan trend bullish.

Selain itu, pelabur akan memantau faktor-faktor yang mempengaruhi dagangan matawang US dolar dalam pasaran di mana akan turut memberi kesan terhadap pergerakan harga emas.

Secara teknikal, kenaikan harga yang diteruskan dijangka akan ke paras 2000.00 semula dan pelabur akan menantikan reaksi harga emas di zon harga tersebut.

Dan jika harga emas terus catat kejatuhan minggu ini, zon sokongan harga dilihat pada 1900.00 sehingga ke 1870.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat