Google Tak Nak Tapi Microsoft ‘On’ Saja

392

Syarikat teknologi gergasi, Microsoft Corp yakin produk enjin carian Internet miliknya iaitu Bing boleh mengisi ‘kekosongan’ yang berkemungkinan ditinggalkan oleh Google di Australia.

Australia sebelum ini memperkenalkan undang-undang yang mendesak Google dan Facebook Inc untuk mengadakan rundingan mengenai pembayaran kandungan berita oleh syarikat media domestik dalam platform mereka.

Bagaimanapun, firma-firma berkenaan menyifatkan undang-undang itu tidak wajar dan mengugut untuk menarik perkhidmatannya dari Australia sekiranya peraturan itu kekal dilaksanakan.

Antara perkhidmatan tersebut termasuklah enjin carian Google yang menguasai 94% pasaran carian Internet di negara terbabit.

Menurut Perdana Menteri, Scott Morrison, beliau telah berbincang dengan Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft iaitu Satya Nadella mengenai peraturan baharu itu dan Microsoftft bersedia untuk mengembangkan pengaruhnya di Australia.

“Saya boleh memberitahu anda, Microsoft begitu yakin ketika saya bercakap dengan Nadella.

“Kami cuma mahu undang-undang dalam dunia digital adalah seiring dengan apa yang wujud di dunia sebenar, di dunia fizikal,” kata Morrison kepada pemberita di Canberra.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat