Harga Emas Kembali Bernafas Menjelang Data Penting Amerika

44

Permintaan emas meningkat dengan harga logam kuning ini naik di sesi Asia hari Rabu walaupun pasaran China, Taiwan dan Korea Selatan tutup berikutan cuti umum pada hari ini. Selain itu, kebanyakkan pelabur dilihat mengambil langkah berhati-hati menjelang ucapan daripada ketua bank pusat US, Janet Yellen awal pagi esok.

Pasaran hadapan emas di Comex NYMSE bagi bulan Disember meningkat 0.29% kepada $1,278.34 per auns pada jam 11.30 pagi. Harga emas mula mendapat sokongan daripada permintaan emas fizikal di India sempena sambutan perayaan Depavali.

Semalam, harga emas berhenti daripada terjun lebih jauh apabila hasil bon US menyusut, menekan dolar jatuh menjauhi paras tertinggi enam minggu lalu, sekali gus meningkatkan sentimen logam berharga.

Walau bagaimanapun, emas dilihat hanya bergerak dalam julat $7 daripada paras terendah tujuh minggu lalu ($1,271.23) walaupun dolar ketika ini lemah disebabkan para pelabur menunggu ucapan pengerus Fed, Yellen dan juga data-data ekonomi utama US pada malam ini.

Yellen akan berucap di persidangan komonuti bank abad ke-21, dan spekulasi antara Gabenor Fed Jerome Powell dan bekan Gabenor Kevin Warsh yang akan mengantikan jawatan Yellen sebagai pengerusi Fed akan memberi kesan kepada dasar monetari yang menjadi kebimbangan para pelabur ketika ini.

Harga emas telah jatuh selama tiga minggu berturut-turut tanpa sebarang tanda akan berhenti, membuatkan para pelabur hilang keyakinan pada potensi kenaikan harga emas ditambah dengan harapan pembaharuan cukai dan jangkaan kenaikan kadar faedah Fed akhir tahun ini terus menyokong pengukuhan dolar.

Data awal NFP daripada syarikat Automatic Data Processing Inc (ADP). dan juga bacaan Indeks perkhidmatan ISM malam ini akan mengukuhkan lagi hala tuju dolar US dan emas. Emas sensitif dengan pergerakan dolar US. Greenback yang kukuh menyebabkan emas lebih sukar untuk dimiliki oleh pemilik matawang asing yang lain kerana harga yang tinggi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat