Harga Emas Kukuh, Kekal Di Paras Tinggi

43

Emas kekal kukuh pada pasaran Asia hari Isnin, dengan permintaan terhadap logam berharga kekal di paras tinggi.

Harga emas di Comex New York Mercantile Exchange (NYME) meningkat 0.15% kepada $1,294.14 per ounce setakat jam 11.50 pagi.

Di China, pelaburan aset tetap susut kepada 8.3% berbanding 8.6% pada bulan Julai, manakala pengeluaran industri turun kepada 6.4% daripada 7.2% bulan sebelumnya. Laporan jualan runcit juga susut kepada 10.4% berbanding 10.8% bulan sebelumnya.

Menerusi laporan keluaran dalam negara kasar (GDP) Jepun bagi suku tahun kedua, kadar tahunan telah meningkat 4% berbanding jangkaan 2.5%, manakala kadar suku tahunan juga naik kepada 1.0% diluar jangkaan 0.6%.

Pasaran emas sensitif dengan perubahan dolar US. Nilai dolar yang melemah akan meningkatkan permintaan terhadap emas kerana harga semakin murah untuk di beli oleh pemilik matawang asing yang lain.

Minggu lepas, harga emas mencecah paras tertinggi dua bulan yang lalu berikutan data inflasi yang lemah menyebabkan pasaran melihat ketidaktentuan dalam kenaikan kadar faedah The Fed kali ketiga tahun ini. Tambahan pula, ketegangan berterusan antara US dan Korea Utara pada Khamis menolak harga emas ke paras tertinggi dengan pelabur mencari inisiatif lain bagi mengekalkan nilai modal mereka.

Laporan minit mesyuarat Federal Reserve dan data jualan runcit pada hari Khamis akan menjadi tumpuan kerana para pelabur masih mencari tanda-tanda yang lebih jelas tentang kenaikan kadar faedah untuk tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat