Harga Emas Tengah Jatuh, Ramailah Yang Borong Nanti

42,701

Logam kuning emas didagangkan di paras terendah satu minggu susulan kejatuhan mendadak pada sesi sebelumnya kerana terkesan oleh hasil bon AS dan US dolar yang lebih tinggi.

Pada sesi Asia, logam berharga itu diniagakan suram pada $1,945 per auns selepas jatuh 1.8% ketika sesi sebelumnya. Niaga hadapan emas pula susut pada sekitar harga $1,947 per auns.

Penanda aras hasil bon AS 10 tahun terus melonjak ke paras tertinggi sejak Disember 2018, sehingga mencecah tahap 2.97% pada sesi Asia di tengah keyakinan yang meningkat untuk pengetatan oleh Federal Reserve (Fed).

Kenaikan ini sekali gus turut merangsang pengukuhan US dolar untuk meningkat ke puncak tertinggi sejak Mac 2020, menjadikan emas kurang menarik untuk pemegang mata wang utama lain.

Terdahulu, emas telah meningkat tinggi pada awal minggu, disokong oleh ketidakpastian dalam konflik Ukraine dan Rusia serta permintaannya sebagai lindung nilai inflasi.

Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah menurunkan ramalan mereka untuk pertumbuhan ekonomi global pada tahun ini yang dipengaruhi oleh perang Rusia di Ukraine dan tekanan inflasi yang semakin meningkat di seluruh dunia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat