Maybank Sedia Menjadi Peranan Utama Pembangunan CBDC

427

Baru-baru ini Malayan Banking Bhd (Maybank) menunjukkan minat terhadap penilaian Bank Negara Malaysia (BNM) terhadap potensi digital bank pusat (CBDC), sekaligus berharap dapat menjadi pendukung pembangunan aset tersebut.

Sebagai rekod, pada 19 Januari, BNM dilaporkan sedang mengkaji potensi CBDC.

Presiden Maybank, Datuk Seri Abdul Farid Alias percaya CBDC menjadi satu kepentingan yang sukar disangkal kerana kewujudannya membawa transformasi dalam sektor kewangan terutama pembayaran.

Pun begitu, Abdul Farid mahu penerimaan CBDC berdasarkan kefahaman yang tinggi dalam teknologi berkaitan:

“Kita tidak mahu membuat pelaburan yang sia-sia kerana teknologi berubah mengikut peredaran masa. Disebabkan itu, kami akan pastikan masa dan teknologi yang sesuai untuk manfaat negara.”

Sebagai rekod, beberapa negara sudah serius dengan pembangunan CBDC termasuklah China, Bahamas, Rusia, dan Korea Selatan.

Pada masa yang sama, Federal Reserve Amerika Syarikat (AS) telah pun mengesahkan penerokaan CBDC susulan daripada perintah eksekutif daripada presiden Joe Biden yang diluluskan pada Februari.

Mahu tidak mahu, Malaysia perlu menerima perubahan dalam penggunaan fiat – daripada tunai kepada digital kerana seluruh dunia menumpukan kepada kepentingannya. Ia juga sebenarnya sejajar dengan saranan Bank for International Settlements (BIS) berdasarkan laporan kajian April 2022.

Kerjasama antara BNM dengan Reserve Bank of Australia, Monetary Authority of Singapore, dan South African Reserve Bank dalam penubuhan prototaip untuk menguji penyelesaian antarabangsa menggunakan beberapa CBDC sejak September 2021 merupakan langkah pertama Malaysia ke arah kewangan digitalisasi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat