Harga Emas Turun, Tumpuan Diberikan Kepada Data-Data Pekerjaan Amerika Hari Jumaat

55

Harga emas menurun pada hari Rabu dengan tumpuan di berikan kepada data-data pekerjaan Amerika minggu ini terutamanya pada NFP (nofarm payroll) hari Jumaat nanti dan keadaan politik Trump ketika ini.

Harga kontrak emas pada Ogos di Comex di New York Mercantile Exchange (NYME)  susut 0.51% kepada $1,266.10 per ounce setakat pukul 12.00 tengahhari.

 

Nilai dolar yang rendah, meningkatkan permintaan terhadap emas kerana harga emas yang di sandarkan dengan greenback akan lebih murah untuk di miliki oleh pemilik matawang asing yang lain.

Harga emas mencapai kadar tertinggi sejak tujuh minggu yang lalu, selepas data-data ekonomi berkenaan inflasi, perbelanjaan individu dan aktiviti sektor pembuatan yang bercampur-campur gagal memberi keyakinan kepada para pelabur tentang keadaan ekonomi semasa di US. Hal ini juga menguatkan lagi jangkaan bahawa Federal Reserve tidak akan menukarkan kadar faedahnya pada tahun ini.

Indeks Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (Personal Consumption Expenditure, PCE) tidak berubah pada paras 0.1%, namun bacaan tahunan jatuh kepada 1.4% daripada 1.5% akibat tekanan harga tenaga. Core-PCE juga kekal pada paras yang di jangkakan, 1.5%. Data perbelanjaan peribadi (Personal Spending) merekodkan pengurangan sekaligus memberi kesan terhadap tekanan inflasi pada suku tahun seterusnya.

Selain itu, laporan kajian Indeks pembuatan daripada ISM semalam melihat penurunan kepada 56.3 bagi bulan Julai berbanding 57.8 pada bulan sebelumnya. Indeks jatuh lebih 0.1 daripada jangkaan penganalisa. Walaupun kadar menurun, bacaan di atas 50 masih menunjukkan peningkatan dalam pengeluaran industri ini.

“Saya berfikir, pada tujuh bulan yang lepas, secara psikologinya, Fed di jangka akan lebih agresif dengan nada yang lebih hawkish, namun kini saya tidak percaya perkara ini akan di teruskan”, kata Peter Hug, Pengarah Dagangan Dunia di Kitco Metals dalam satu sesi temu bual.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat