Harga Minyak Bangkit! Apa Arab Saudi & Rusia Dah Buat?

293

Harga minyak kembali meraih pengukuhan pada hari Jumaat dan berada di landasan untuk mencatatkan keuntungan minggu keenam berturut-turut.

Pada sesi Eropah, niaga hadapan minyak mentah Brent diperdagangkan meningkat 0.4% kepada $85.55 setong, manakala WTI Amerika Syarikat pula mengukuh pada $81.97 setong susulan kenaikan 0.3%.

Penanda aras dagangan minyak Brent telah meningkat 15.4% dan WTI AS sebanyak 18.2% dalam tempoh enam minggu yang lalu.

Pada hari Khamis, Arab Saudi dan Rusia terus komited dengan langkah pengurangan dalam pengeluaran mereka untuk mengembalikan keseimbangan harga.

Arab Saudi mengekalkan pemotongan pengeluarannya sebanyak 1 juta tong sehari, manakala Rusia akan mengurangkan eksport minyak sebanyak 300,000 tong sehari sehingga bulan September.

Walaupun OPEC dan sekutunya, OPEC+ masih belum memutuskan sama ada akan memotong pengeluaran, tetapi penganalisis berpendapat bahawa kenyataan Arab Saudi dan Rusia menjelang mesyuarat itu telah menimbulkan kebimbangan bekalan.

Ini sekali gus memberi sokongan untuk harga minyak bangkit semula selepas penyusutan yang dicatatkan pada hari Rabu.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat