Duri Dalam Daging! 2 Tentera Laut Amerika Didakwa Jadi ‘Spy’ China

488

Dua kelasi Tentera Laut Amerika Syarikat di California telah ditangkap atas tuduhan memberikan maklumat ketenteraan sensitif kepada China.

Jinchao Wei, atau juga dikenali sebagai Patrick, merupakan warganegara AS. Beliau didakwa telah bersubahat menyalurkan maklumat pertahanan negara kepada ejen China.

Konspirasi tersebut dipercayai bermula pada 2022, apabila beliau berkhidmat di atas kapal USS Essex yang merupakan sebuah kapal serangan amfibia.

Pada Februari tahun itu, beliau mula berkomunikasi dengan pegawai perisikan China yang mencari maklumat tentang Essex dan kapal lain dalam Tentera Laut AS.

Selain itu, Wei juga dituduh berkongsi beberapa gambar peralatan tentera kepada pegawai risikan.

Sementara Wenheng Zhao, atau Thomas pula didakwa menerima bayaran atau rasuah kerana berkongsi berkongsi maklumat sensitif ketenteraan yang diakses melalui pelepasan keselamatan AS.

Antara maklumat yang dihantar ialah rancangan latihan ketenteraan berskala besar di rantau Indo-Pasifik dan pelan tindakan untuk pangkalan di Jepun, di mana beliau menerima kira-kira $14,866 untuk risikan itu.

Jika disabitkan kesalahan, Jinchao Wei berdepan hukuman penjara 20 tahun, manakala Zhao pula membawa hukuman maksimum 20 tahun.

Dakwaan ke atas kedua-dua individu itu berlaku di tengah-tengah ketegangan yang memuncak antara AS dan China, dengan kedua-dua pihak menuduh satu sama lain sebagai pengintip.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat