Harga Minyak Suram Menuju Penghujung Minggu

193

Harga minyak didagangkan sedikit susut, ditekan oleh pengukuhan US dolar yang membuatkan komoditi hitam itu lebih mahal bagi pemegang matawang utama lain.

Pada sesi Eropah, niaga hadapan minyak mentah WTI Amerika Syarikat mencatat penyusutan sekitar harga $81 setong, sementara dagangan minyak Brent pula menurun pada $82 setong.

Kedua-dua penanda aras bersedia untuk mengakhiri dagangan minggu ini lebih rendah selepas mengalami pergerakan turun naik yang mendadak, didorong oleh kenaikan USD dan spekulasi bahawa pentadbiran Presiden AS Joe Biden akan mengambil tindakan untuk menurunkan harga minyak.

Sementara itu, Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) pada hari Khamis, telah mengurangkan unjuran permintaan minyak dunia bagi suku keempat sebanyak 330,000 tong sehari daripada unjuran bulan lalu.

Laporan sama juga menyebut kos tenaga yang tinggi sebagai faktor yang mengekang pemulihan global dan permintaan yang lebih rendah dari China dan India.

Pelabur juga bersiap sedia untuk tindak balas selanjutnya daripada Amerika untuk mengekang harga minyak yang tinggi dengan mengeluarkan minyak daripada Rizab Petroleum Strategik AS.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat