Indeks Harga Pengeluar Berkembang Pada Kadar Terpantas, Apakah The Fed Akan Berubah Angin?

243

Harga pengeluar Amerika Syarikat mencatat peningkatan terpantas dalam 11 tahun pada bulan Mei ketika bacaan inflasi terus melonjak naik dalam ekonomi A.S.

Jabatan Buruh melaporkan pada hari Selasa bahawa data inflasi pengeluar adalah kukuh pada bulan Mei dengan kenaikan sebanyak 6.6% setahun. Kenaikan ini adalah kenaikan terbesar sejak data pada bulan November tahun 2010.

Berdasarkan kiraan bulan, indeks pengeluar telah meningkat sebanyak 0.8% sebulan berbanding ramalan penganalisis yang mensasarkan pertumbuhan hanya 0.6%

Berdasarkan data, tekanan harga yang lebih tinggi ini berlaku di tengah penurunan jualan runcit yang turun sebanyak 1.3% pada bulan Mei, iaitu suatu angka yang jauh lebih buruk berbanding anggaran yang sasarkan hanya 0.6%.

Inflasi barang menjadi kekuatan inflasi yang dominan, meningkat 1.5% berbanding peningkatan dalam perkhidmatan. Penularan pandemik telah menghadkan permintaan pengguna terhadap perkhidmatan.

Pegawai Rizab Persekutuan percaya kenaikan semasa adalah sementara kerana masalah penawaran dan permintaan tidak seimbang dan bacaan rendah kerana langkah sekatan.

Walau bagaimanapun, beberapa nama Wall Street yang terkenal, termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Bank of America, Brian Moynihan dan Paul Tudor Jones menyatakan bahawa sudah sampai masa untuk the Fed melakukan perubahan terhadap dasar yang diterapkan.

Disisi lain, jualan runcit tidak termasuk automotif jatuh sebanyak 0.7% pada bulan Mei. Indeks US mencatat pengukuhan sedikit sebanyak 0.04% kepada paras 90.532 berbanding matawang utama.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat