Indonesia Sedang ‘Struggle’ Hadapi Kemelesetan Ekonomi

5,679

Indonesia hanya menggunakan separuh dana daripada bantuan pandemiknya walaupun ekonomi menghadapi kemelesetan pertama dalam tempoh lebih dari 2 dekad.

Pada 2 November lalu, pemerintah telah menyalurkan 52.8% dari 695 trilion rupiah yang bertujuan untuk membantu perniagaan dan pengguna menghadapi kesan penularan wabak tersebut serta tidak mungkin membelanjakan keseluruhan belanjawan pada tahun ini.

Menurut Budi Gunadi Sadikin, yang memimpin pasukan petugas pemulihan ekonomi nasional, mendakwa bahawa mereka hanya akan menghabiskan 100 triliun rupiah pada suku ini.

Selain itu, Presiden Joko Widodo meminta agar para menterinya untuk mempercepat perbelanjaan kerana melihat ekonomi terbesar di Asia Tenggara menyusut sekitar 3% pada suku ketiga. Ianya akan mendorong Indonesia ke arah kemelesetan teknikal setelah penurunan 5.32% pada suku kedua. Sementara itu, beliau turut mengarahkan para pegawainya agar memulakan projek 2021 awal untuk membantu pertumbuhan semula kepada 4.5% hingga 5.5% pada tahun depan.

Di samping itu, Indonesia didakwa telah mencapai tahap yang lebih baik dalam pembiayaan bahagian dana perlindungan sosial dengan menghabiskan 86.5% daripada sasaran, sementara insentif perniagaan berbaki, dengan hanya 29% daripada anggaran yang dibelanjakan setakat ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat