Biden Makin Hampir Untuk Menang, Trump Makin Gelisah!

1,829

US dolar didagangkan berwaspada berbanding kebanyakan matawang utama ketika pasaran masih menantikan proses pengiraan undi dalam pilihan raya Amerika Syarikat yang menyaksikan calon Demokrat, Joe Biden semakin hampir untuk ke White House.

Dengan berjaya menguasai Wisconsin dan Michigan, Biden kini semakin hampir untuk mendapatkan 270 undian elaktoral.

Tumpuran pasaran kini terarah kepada beberapa negeri (swing state) yang masih belum diumumkan lagi, iaitu Nevada di mana Biden mendahului undian, sementara Trump pula mendahului di North Carolina, Georgia dan Pennsylvania.

Bagaimanapun, pasaran tetap berhati-hati dengan kemungkinan yang akan berlaku, memandangkan Presiden Donald Trump sudah menyatakan dengan jelas bahawa beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pengiraan undi di beberapa negeri yang tidak berpihak kepadanya.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan matawang utama didagangkan di sekitar 93.48.

Jangkaan bahawa kemenangan Biden akan lebih lembut dalam dasar perdagangan, cenderung untuk melemahkan US dolar berbanding matawang negara-negara yang sering berdepan ancaman tarif semasa pemerintahan Trump, kata penganalisis.

Selain daripada menunggu keputusan pilihan raya, pelabur turut menantikan mesyuarat polisi FOMC, di mana Federal Reserve (Fed) dijangka akan mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada Jumaat (3.00 pagi).

Sementara itu di Eropah, matawang pound sterling jatuh berbanding USD dan euro susulan laporan menyatakan Bank of England (BOE) yang akan mengumumkan keputusan polisi hari ini (3.00 petang), sedang mempertimbangkan kadar faedah negatif.

Matawang euro pula kekal didagangkan di atas 1.1700 setelah mencatatkan peningkatan pada sesi sebelum ini berikutan kemerosotan US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat