Industri Peruncitan Malaysia Catat Rekod Negatif 11.4% Bagi Suku Pertama

179

Berdasarkan unjuran negatif 18.8% pada April 2020, industri peruncitan Malaysia nampaknya mencatatkan rekod pertumbuhan negatif 11.4% bagi jualan runcit untuk suku pertama 2020.

Walaupun keputusan tersebut lebih baik dari yang dijangka, tidak dapat dinafikan industri tersebut mengalami senario terburuk sejak 1987 berikutan pandemik wabak coronavirus.

Peruncit mula merasai tekanan pada bulan kedua 2020 di mana kadar jualan mula menurun susulan daripada wabak pandemik Covid-19 dan penurunan statistik pelancong asing.

Sektor peruncitan tidak penting menerima impak yang paling teruk terutama ketika negara berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang Mac lalu menyebabkan sifar pendapatan bagi sektor tersebut.

Bagi tempoh tiga bulan pertama 2020, sub-sektor serbaneka susut 17.5% manakala sub-sektor pasar raya sedikit terjejas dengan penyusutan perniagaan sebanyak 3.0% pada suku pertama 2020.

Sub-sektor peragaan dan aksesori fesyen mencatatkan kadar pertumbuhan terendah iaitu -30.5%, dan sub-sektor farmasi catat -3.9%, menjadikan prestasi keseluruhan sub-sektor runcit tersebut yang terburuk untuk tempoh ini.

Susulan daripada itu, Retail Group Malaysia (RGM) mengunjurkan kadar pertumbuhan untuk suku kedua 2020 pada negatif 28.8%, lebih rendah berbanding unjuran pada April 2020 iaitu negatif 9.3%.

Suku ketiga 2020, jualan runcit diramalkan kritikal dengan penurunan sederhana, 3.5% berbanding pada 2019. Manakala untuk suku keempat, dijangkakan turun 1.5%.

Keseluruhannya, unjuran kadar pertumbuhan runcit tahunan Malaysia bagi 2020 menjadi negatif 8.7% berbanding tahun lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat