Inflasi AS Kukuh Punca EUR/USD Menjunam Semula

528

US dolar mengukuh pada dagangan sesi pasaran New York semalam selepas data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan mencatatkan bacaan yang meningkat.

Data indeks harga pengguna AS terbitan bagi bulan Jun meningkat kepada 0.9% berbanding jangkaan penurunan kepada 0.5%. Bacaan teras turut meningkat pada angka yang sama.

Situasi ini telah mendorong jangkaan ke arah pengetatan polisi oleh Federal Reserve (Fed) lebih awal sementara ucapan oleh Pengerusi Fed Jerome Powell pula akan dinantikan pelabur.

Justeru itu, US dolar telah berjaya pamerkan arah yang jelas setelah mengukuh berbanding kebanyakan mata wang utama dalam pasaran semula.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga telah kembali menjunam semula menafikan ramalan kenaikan harga untuk melepasi paras 1.19000.

Sebaliknya harga telah turun sehingga ke bawah paras support 1.18000 dengan paras terendah terbaru mencecah 1.17700.

Pergerakan harga perlahan bersambung pada sesi Asia pagi Rabu berlegar di bawah paras 1.18000 semula.

Dengan corak yang dipaparkan, harga berkemungkinan bakal meneruskan penurunan lebih rendah menuju ke paras support sekitar 1.17200-1.17000 untuk mencatatkan paras terendah terbaru 3 bulan.

Sekiranya US dolar kembali susut semula, harga dilihat akan meningkat semula di atas paras 1.18000 sebelum menuju kembali ke zon rintangan 1.19000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat