Inflasi Zon-Eropah Naik 1.90% Lebih Dari Jangkaan Pasaran

361

Satu bacaan data yang begitu memberangsangkan di Zon-Eropah pada pukul 5 petang tadi di mana inflasi (CPI) mencecah paras 1.90% jauh lebih tinggi daripada jangkaan kenaikan 1.60%. Ini adalah peningkatan 0.70% daripada bacaan sebelum ini 1.20%.

Walaubagaimanapun, matawang Euro dilihat tidak banyak terkesan daripada lonjakan bacaan inflasi setakat ini.

EUR/USD telah membuat kenaikan sejak daripada hari Rabu dan terus membuat kenaikan pada Khamis dalam sesi awal Eropah. Antara sebab kenaikan Euro adalah ketegangan yang sedikit reda dalam politik Itali dan juga mungkin disebabkan jangkaan terhadap kenaikan inflasi CPI Zon-Eropada pada hari ini.

Faktor utama kepada kenaikan CPI yang tinggi adalah lonjakan harga minyak mentah baru-baru ini di mana komponen harga tenaga naik 6.1% pada Mei jauh lebih tinggi daripada jangkaan 2.6%.

Bacaan inflasi-teras pula naik ke paras 1.1% dari 0.7% sebelum ini. Untuk pengetahuan anda, sasaran inflasi Bank Pusat Eropah (ECB) adalah 2.0%.

Dengan peningkatan harga yang tinggi pada bulan lalu dijangka meningkat kembali harapan kepada pengetatan polisi monetari ECB di masa akan datang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat