Ini 2 Isu Yang Akan Dibangkitkan Jika BOJ Mahukan Pengetatan!

143

Jepun mungkin boleh keluar daripada dasar monetarinya yang sangat longgar, tetapi dengan syarat ia akan tertumpu pada kadar kenaikan kadar faedah jangka pendek dan pelarasan dalam kunci kira-kira besar bank pusat itu.

Gabenor Bank of Japan (BOJ) Haruhiko Kuroda berkata sedemikian dalam ucapannya di parlimen pada Khamis.

Beliau bagaimanapun mengetepikan peluang kenaikan kadar faedah jangka pendek dengan menekankan BOJ perlu terus menyokong pemulihan ekonomi yang rapuh dengan dasar monetari yang longgar.

Namun, jika terdapat peningkatan inflasi dan gaji, Kuroda mencadangkan bahawa bank pusat itu boleh membahaskan strategi untuk pengetatan dan menuju ke arah normalisasi dasar.

Walaupun Kuroda terus menekankan keperluan untuk mengekalkan dasar yang longgar, tetapi ulasan mengenai peluang untuk meninggalkan pendekatan itu semakin kerap kedengaran sejak akhir-akhir ini.

Ini mungkin menunjukkan bahawa bank pusat itu lambat laun mungkin akan mengubah pendiriannya.

Dalam pada itu, Kuroda juga memberitahu parlimen bahawa beliau tidak berhasrat untuk dilantik semula untuk satu penggal lagi untuk mengetuai bank pusat, selepas penggal semasanya berakhir pada April 2023.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat