Ini Jadi Pada Emas Sebelum ‘Ombak’ Inflasi AS Membadai!

493

Logam kuning emas didagangkan berlegar pada paras terendah satu minggu apabila tumpuan pasaran kini terarah kepada terbitan data inflasi pengguna Amerika Syarikat dan mesyuarat polisi FOMC.

Sesi Asia menyaksikan harga emas sedikit meningkat pada $1,784 per auns setelah susut dari paras harga $1,800 pada awal minggu.

Walaupun angka inflasi pengguna yang akan diterbitkan pada sesi New York hari ini dijangka  menunjukkan inflasi terus menurun pada bulan November, namun pasaran tetap berwaspada terhadap sebarang kekuatan yang mungkin akan dipaparkan.

Hal ini kerana, indeks harga pengeluar (PPI) AS yang dikeluarkan Jumaat lalu menunjukkan peningkatan yang lebih kuat daripada dijangkakan pada November.

Ini secara tidak langsung mencetuskan kegusaran pasaran mengenai kemungkinan arah aliran yang sama dalam indeks harga pengguna (CPI) yang bakal dikeluarkan.

Sebarang bacaan yang mengejutkan dikhuatiri boleh mempengaruhi keputusan mesyuarat polisi FOMC yang bakal berlangsung pada Khamis minggu ini (waktu Malaysia).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat