Ini Ke Tanda Pelabur Tempatan Akan Mula Putus Asa?

217

Berpandukan prestasi Wall Street yang lemah, pasaran tempatan memulakan sesi dagangan pada wilayah negatif hari ini.

Ketika pembukaan, indeks FBM KLCI bermula 2.57 mata pada 1,468.99 sebelum turun 0.56 mata pada 1,471.00 berbanding penutupan Isnin pada 1,471.56.

Di pasaran meluas, kerugian pada 301 atasi keuntungan pada 229, manakala 295 kaunter pula tidak berubah, 1,416 tidak didagangkan dan 9 digantung.

Jumlah perolehan pada 729.65 juta unit bernilai RM226.56 juta.

Ulas Rakuten Trade Sdn Bhd, sungguhpun berlaku sesi penjualan namun aktiviti pembelian dijangka muncul dengan situasi positif China jadi pemangkin sentimen.

Ekoran itu, KLCI diramal melantun untuk berlegar pada paras 1,470-1,490.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Petronas Chemicals Group Bhd, Hong Leong Bank Bhd dan Press Metal Aluminium Holdings Bhd naik 2 sen pada RM8.52, RM20.52 dan RM4.81, Tenaga Nasional Bhd (TNB) tambah 6 sen pada RM9.13, IHH Healthcare Bhd lonjak 5 sen pada RM5.90.

Maybank kekal pada RM8.58, Public Bank Bhd turun 1 sen pada RM4.43 dan CIMB Group Holdings Bhd jatuh 3 sen pada RM5.61.

Saham aktif memperlihatkan Dataprep Holdings Bhd raih 4.5 sen pada 32 sen, Euro Holdings Bhd kumpul 3 sen pada 14.5 sen, Sarawak Consolidated Industries Bhd naik 1.5 sen pada 16.5 sen, MQ Technology Bhd kekal pada 7 sen dan Advance Synergy Bhd turun 0.5 sen pada 18.5 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas turun 5.46 mata pada 10,581.23, indeks FBMT 100 kurang 4.45 mata pada 10,274.68, indeks FBM Emas Shariah jatuh 0.60 mata pada 10,766.85 dan FBM 70 susut 7.76 mata pada 12,939.41 sementara FBM ACE naik 25.70 mata pada 5,448.87.

Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan susut 12.36 mata pada 16,433.49, indeks Produk serta Perkhidmatan naik 0.42 mata pada 181.98, indeks Perladangan jatuh 25.38 mata pada 6,727.68 dan  indeks Tenaga turun 3.94 mata pada 810.82.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat