Ini Nasib GOLD Selepas ‘Junaman Pandalela’ Pada Awal Sesi Asia!

958

Emas jatuh merudum ke paras terendah satu setengah bulan ketika pembukaan sesi Asia hari ini, sebelum melantun semula di tengah-tengah sentimen pasaran yang tidak menentu.

Spot emas didagangkan berlegar di sekitar $1,827 per auns, selepas mencatatkan kejatuhan ketara pada $1,803 per auns pada awal sesi Asia. Sementara niaga hadapan emas pula sedikit susut pada $1,826 per auns (12.05 pm waktu Malaysia).

Harga emas susut lebih rendah sejak penutupan minggu lalu berikutan sentimen berisiko dalam pasaran yang menguntungkan US dolar.

Para pelabur mula mendapatkan US dolar sebagai matawang safe-haven selepas menyaksikan data jualan runcit AS yang lebih lemah daripada jangkaan.

Bukan itu sahaja, pelabur turut dibelenggu oleh kebimbangan susulan penangguhan pengagihan vaksin Covid-19 oleh Pfizer di Eropah, dan ini sekali gus menjejaskan prospek pasaran terhadap pemulihan ekonomi rantau itu.

Sementara itu, ekonomi China tanpa dijangka menunjukkan pertumbuhan lebih cepat daripada dijangkakan pada suku keempat, menjadikannya sebagai satu-satu negara utama yang mencatatkan pertumbuhan pada tahun lalu ketika seluruh dunia dilanda krisis pandemik.

Dalam pada itu, jangkaan bahawa Setiausaha Perbendaharaan lantikan Presiden Joe Biden, iaitu Janet Yellen akan menfokuskan untuk menguatkan nilai dolar greenback, turut membebankan dagangan logam berharga emas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat