Ini Pelabur Perlu Tahu Untuk Dagangan USD Menjelang Sesi New York

574

Kekurangan data ekonomi berimpak tinggi sepanjang minggu ini berkemungkinan akan mendorong pergerakan harga lebih perlahan berbanding minggu lalu.

Minggu lalu sarat dengan data-data penting seperti laporan data pekerjaan dan juga keputusan mesyuarat polisi oleh beberapa bank pusat utama yang telah memacu pergerakan pasaran.

Selepas keputusan bernada hawkish oleh bank pusat yang telah beralih ke fasa pengetatan polisi, mata wang Eropah telah pamerkan prestasi cemerlang sepanjang minggu lalu.

Namun, susulan laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang mencatatkan lonjakan pertambahan pekerjaan pada bulan Januari, US dolar berkemungkinan akan kembali bersinar pada minggu ini untuk memberikan tekanan semula kepada mata wang utama yang lain.

Prestasi kurang memberangsangkan pasaran Wall Street pula turut memberi isyarat sentimen pasaran yang berisiko kepada para pelabur.

Faktor tersebut juga turut memberi sokongan terhadap US dolar sebagai mata wang safe-haven selain dipacu oleh laporan pekerjaan NFP.

Sementara mata wang pulangan tinggi seperti dolar Australia dan New Zealand berkemungkinan dijangka akan memaparkan prestasi suram dalam sentimen pasaran risk-off tersebut.

Namun, dolar Aussie dan Kiwi berjaya mencatatkan peningkatan nilainya pada dagangan sesi Asia pagi ini bagi memulakan dagangan minggu ini dengan baik.

Selain itu juga, hasil perbendaharaan 10 tahun AS yang seringkali memacu pergerakan US dolar juga turut positif berlegar di paras ketinggian 1.90% setelah berjaya capai rekod tertinggi sejak Disember 2019.

Memantau pasaran komoditi, harga minyak mentah dilaporkan meningkat pada Isnin untuk kembali mengurangkan kerugian sebelum ini dengan jangkaan positif peningkatan terhadap permintaan global di samping perkembangan positif perbincangan nuklear AS-Iran.

Emas juga turut pamerkan peningkatan nilai di pembukaan dagangan awal minggu yang masih mendapat tarikan ekoran kebimbangan terhadap tekanan peningkatan harga di mana turut menjadi perbincangan utama oleh bank-bank pusat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat