Ini Perkembangan Semasa Harga Minyak Mentah

379

Komoditi hitam didagangkan sedikit berubah dengan terus berlegar di sekitar paras ketinggian tahunan yang dicapai pada awal minggu.

Niaga hadapan minyak mentah Brent diniagakan stabil pada $83.30 setong menjelang penutupan sesi Asia, sementara dagangan WTI Amerika Syarikat pula diperdagangkan pada $80.50 setong.

Prospek menyuramkan daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) sedikit sebanyak mempengaruhi dagangan minyak mentah selepas ia menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi global kepada 5.9% daripada 6% pada tahun ini.

Ramalan ekonomi Amerika Syarikat pula diturunkan sebanyak 1% kepada 6.0%, iaitu lebih tinggi berbanding negara G7 yang lain.

Pengukuhan USD ke paras ketinggian satu tahun juga mempengaruhi dagangan komoditi hitam itu untuk berhenti mencatatkan kenaikan.

Walau bagaimanapun, komoditi hitam itu masih bertahan di paras tertinggi, dengan dorongan daripada prospek permintaan yang meningkat di Asia, Eropah dan AS di tengah kekangan bekalan bahan bakar.

Pelabur kini menantikan penerbitan data bekalan minyak AS dari Institut Petroleum Amerika (API) yang ditangguhkan disebabkan cuti Columbus Day pada Isnin.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat