Ini Sebab Mengapa US Dolar Tiba-Tiba Buat ‘Comeback’!

1,168

US dolar terus didagangkan kukuh pada hari Jumaat dan kebanyakkan matawang lain masih didagangkan lemah walaupun kadar inflasi melonjak naik pada hari Khamis. Pasaran lebih memilih untuk bergantung pada pendirian Federal Reserve yang melihat bahawa bacaan inflasi adalah satu yang sementara.

Harga pengguna A.S telah meningkat 5% setahun pada bulan Mei, satu lonjakan terbesar dalam hampir 13 tahun. US dollar pada awalnya didagangkan rendah semasa sesi pasaran Asia kerana pasaran masih lagi cuba mencerna data-data yang dikeluarkan.

Namun reaksi pasaran mula berbeza sewaktu pembukaan pasaran global dengan indeks utama di Wall Street turut melonjak naik. Penganalisis pasaran berpendapat bahawa pemain pasaran terus melakukan pembelian susulan ketika suasana yang optimis.

Dalam masa yang sama, sentimen pengguna A.S melonjak naik kerana kekhuatiran inflasi semakin berkurangan dan isi rumah optimis dengan pertumbuhan ekonomi dan sektor pekerjaan pada masa akan datang.

Data menunjukkan sentimen pengguna meningkat kepada 86.4 berbanding bacaan bulan Mei 82.9. US dolar meneruskan pengurusan susulan laporan ini.

Penganalisis menyatakan bahawa pelabur merasa yakin bahawa kenaikan inflasi tidak cukup untuk mendorong langkah awal oleh Fed. Kenaikan harga tiket penerbangan dan kereta terpakai menyokong pandangan Fed bahawa kenaikan harga ini adalah sementara’.

Indeks US dolar mencatat pengukuhan sebanyak 0.50% kepada paras tukaran 90.457 berbanding matawang utama. Disisi lain matawang Euro terus susut kerana polisi monetari yang longgar akan dikekalkan.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat