Ini Sentimen Matawang Utama Yang Anda Perlu Tahu Menjelang NFP

1,322

Pembukaan sesi Eropah memperlihatkan dagangan matawang berisiko terus disokong oleh sentimen risk-on pasaran.

Kelemahan USD telah menyokong dagangan dolar Aussie untuk melonjak ke paras $0.70 buat kali pertama sejak awal Januari, selain turut dipacu oleh laporan bahawa Jepun dan Australia yang akan membincangkan mengenai pelonggaran sekatan sempadan antara kedua-dua negara tersebut.

Ini telah mendorong kepada keyakinan bahawa dengan lebih banyak lagi aktiviti dibuka semula, maka pemulihan ekonomi juga mungkin akan berlaku dengan lebih cepat.

Optimisme terhadap pemulihan ekonomi turut menyokong dagangan dolar kiwi untuk menoko ke paras tertinggi sejak akhir Januari. Sekatan di New Zealand dijangka akan diangkat sepenuhnya pada minggu depan, menurut Perdana Menteri Jacinda Arden.

Sementara itu, US dolar terus didagangkan mengukuh berbanding yen dengan peningkatan ke tahap tertinggi 2 bulan.

Euro meningkat ke paras tertinggi tiga bulan dan bakal merekodkan kenaikan mingguan buat kali ketiga berturut-turut, susulan keputusan Bank Pusat Eropah (ECB) yang memperluaskan lagi program rangsangannya untuk menyokong ekonomi Eropah.

Sentimen pasaran turut mendorong matawang pound untuk melonjak ke paras ketinggian terbaru tiga bulan berbanding US dolar, dan berada di landasan untuk kenaikan mingguan terbesar sejak akhir Mac.

Tumpuan pasaran kini terarah kepada sidang media oleh Ketua Perunding Brexit EU, Michel Barnier yang dilaporkan akan diadakan hari ini berhubung rundingan pusingan terakhirnya dengan UK.

Selain itu, kenaikan harga minyak mentah telah menyokong dagangan dolar Kanada untuk terus didagangkan di sekitar paras ketinggian 3 bulan berbanding USD, sementara perhatian pasaran beralih kepada data pekerjaan Kanada yang akan dikeluarkan malam ini.

Bagaimanapun, menjelang penerbitan laporan pekerjaan NFP pada malam ini, para pelabur mula mengambil langkah berhati-hati dengan pergerakan matawang utama kembali mempamerkan sedikit penyusutan dan dolar greenback pula menokok.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat