Ini Yang Trader Perlu Tahu Menjelang Pengumuman Pakej Rangsangan Biden!

850

Presiden terbaru Amerika Syarikat, Joe Biden dijangka bakal mengemukakan pakej rangsangan pada hari ini. Cadangan pakej rangsangan yang bernilai melebihi $1.5 trillion sehingga $2 trillion  bertujuan untuk menjana ekonomi dalam keadaan negara A.S yang sedang berhadapan pandemik Covid-19 dan selain itu ianya juga untuk membantu golongan minoriti.

Sejak tahun lalu dapat dilihan Biden telah mengerahkan tumpuan bagi menangani pandemik. Justeru tidak mustahil bahawa pakej rangsangan akan diumumkan dalam masa terdekat bagi mengekang penularan pandemik tersebut dan memulihkan kembali ekonomi.

Dimaklumkan bahwa pentadbiran baru akan bekerjasama dengan Kongres bagi menyegerakan pakej rangsangan setelah Joe Biden mengambil alih jawatan pada 20 Januari walaupun pemecatan Trump dijangka bakal memakan masa berminggu-minggu.

Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) sebulat suara memecat Presiden Donald Trump kerana melakukan kenyataan berbentuk hasutan sehingga mencetuskan rusuhan di bangunan Capitol pada minggu lalu. Trump merupakan Presiden pertama dalam sejarah AS yang dipecat sebanyak dua kali atau didakwa dengan perlakuan jenayah oleh Kongres.

Dalam laporan berasingan, Biden dilaporkan merancang untuk memperkenalkan pakej rangsangan beliau pada hari Khamis petang waktu A.S. Dalam masa yang sama beliau juga memberi penekanan dalam mempercepatkan pengedaran vaksin dan memberi bantuan kewangan kepada mereka yang terjejas bagi mengelakkan lebih banyak pembuangan kerja. Lebih daripada 380,000 orang di Amerika Syarikat telah meninggal dunia akibat Covid-19 dengan 22.7 rakyat telah dijangkiti.

US dolar menunjukkan lonjakan susulan laporan mengenai pakej rangsangan Biden yang bernilai lebih $1.5 trillion sehingga $2 trillion pada hari ini dengan jangkaan pelabur pelabur bahawa langkah rangsangan yang besar oleh Biden akan membawa kepada pemulihan ekonomi yang lebih cepat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat