Instagram Perkenal Ciri Perlindungan Pengguna Khususnya Remaja

178

Instagram semalam mengumumkan dasar baharu yang akan mengehadkan komunikasi antara remaja dan orang dewasa yang belum saling mengikuti antara satu sama lain di platform media sosial tersebut.

Rangkaian sosial perkongsian foto itu akan menggunakan teknologi pembelajaran mesin untuk mengenal pasti usia penggunanya dengan lebih cekap dan menunjukkan arahan keselamatan kepada kanak-kanak yang bertujuan melindungi mereka daripada menjadi sasaran gangguan golongan dewasa.

“Untuk melindungi remaja daripada kenalan dewasa yang tidak diingini, kami memperkenalkan ciri baharu mencegah orang dewasa menghantar mesej kepada pengguna di bawah 18 tahun yang tidak mengikuti mereka,” kata Instagram dalam satu kenyataan seperti dilaporkan oleh Bernama.

Aplikasi ini akan memberi amaran kepada remaja ketika pengguna dewasa yang ditandakan sebagai ‘tingkah laku yang berpotensi mencurigakan’ menghubungi mereka.

Contoh tingkah laku seperti itu adalah menghantar sejumlah besar permintaan menjadi rakan atau mesej kepada mereka yang berumur di bawah 18 tahun.

Aplikasi kendalian Facebook itu merancang memperkenalkan lebih banyak ciri pilihan dalam waktu terdekat untuk menyukarkan pengguna dewasa berinteraksi dengan remaja, termasuk menyembunyikan akaun remaja dalam pilihan ‘pengguna yang disarankan’.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat