Isu Inflasi Jadi Perdebatan Hangat, Pendirian Philip Lane Ini Buatkan Pasaran Khuatir!

307

Ketua ekonomi Bank Pusat Eropah, Philip Lane pada hari ini telah tampil menyelar pandangan sebahagian para pakar ekonomi yang berpandangan bahawa pengetatan monetari adalah satu tindakan produktif untuk meredakan lonjakan inflasi semasa di Zon Eropah.

Secara asasnya,majoriti berpandangan kadar inflasi tahunan yang melebihi 4% pada bulan adalah dua kali ganda berbanding sasaran inflasi ECB inflasi mendorong ECB untuk meninggalkan polisi monetari mudah mereka. Dalam masa yang sama bercadang untuk naikkan kadar faedah pada tahun hadapan.

Walaubagaimanapun, Lane berpandangan bahawa inflasi masih didorong oleh faktor sementara dan dasar ECB tidak berkesan dalam menangani pertumbuhan harga yang pesat sekarang dan berkemungkinan tidak akan berkesan pada masa akan datang.

“Pengetatan dasar monetari secara mendadak pada masa ini tidak akan menurunkan kadar inflasi yang tinggi setidaknya dalam masanya malah ia memperlahankan ekonomi dan mengurangkan tenaga kerja dalam beberapa tahun akan datang.” katanya dalam ucapan terkini.

Justeru, beliau memandang bahawa inflasi akan mencatat bacaan di bawah 2% dalam jangka masa sederhana adalah sukar untuk di capai dan tidak produktif untuk mengetatkan dasar monetari buat masa ini.

Presiden ECB Christine Lagarde dan beberapa ahli Majlis Pentadbiran semuanya menolak jangkaan pasaran minggu lalu, dengan alasan bahawa syarat untuk kenaikan kadar seperti yang dinyatakan oleh panduan bank itu “tidak mungkin” dipenuhi tahun hadapan.

Disaat ini yang menjadi pemboleh ubah ialah gaji pekerja untuk menilai ketahanan inflasi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat