Jangan ‘Cabar’ Kami Di Bulan Ramadan – Israel

2,273

Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant mendakwa pihak berkuasa akan menghormati kebebasan beribadat sepanjang bulan Ramadan dan memberi amaran kepada mana-mana pihak yang cuba untuk menguji mereka dengan melakukan keganasan.

Katanya lagi, Israel akan menghormati kebebasan beribadat di masjid Al-Aqsa dan semua tempat suci umat Islam.

Menerusi sebuah klip video rasmi di Telegram, beliau memberi tanggapan bahawa bulan Ramadan adalah bulan jihad bagi umat Islam dan mereka memberi amaran kepada semua orang supaya jangan mencuba untuk membuat keganasan.

Kenyataan terbabit dibuat di tengah-tengah kebimbangan mengenai ketegangan sewaktu Ramadan di perkarangan Masjid Al-Aqsa iaitu lokasi utama keganasan meningkat setiap tahun ketika bulan puasa bagi umat Islam.

Kawasan berkenaan juga adalah tapak paling suci penganut Yahudi, yang mengenalinya sebagai Temple Mount atau Gunung Kuil.

Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi berkata, sekatan yang dikenakan oleh Israel terhadap akses jemaah Islam ke perkarangan Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis ketika Ramadan adalah berpotensi mencetuskan ‘ledakan keganasan’.

Safadi dalam satu kenyataan berkata, Jordan menolak langkah yang diumumkan Israel untuk mengehadkan akses ke Masjid al-Aqsa pada bulan Ramadan dan keperluan keselamatan terhadap perang yang sedang berlaku di Gaza.

Beliau berkata, Jordan menyuarakan pandangan Palestin bahawa sekatan sedemikian adalah serangan terhadap kebebasan beribadat.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, hari ini menggesa gencatan senjata dalam perang Israel-Palestin di Semenanjung Gaza dan konflik di Sudan ketika bulan suci Ramadan bermula.

Jumaat lalu, Jurucakap Pejuang Hamas menggesa rakyat Palestin untuk bergerak dan menuju ke arah Masjid al-Aqsa bagi mempertahankan hak mereka beribadat di tempat yang dianggap suci oleh umat Islam sejagat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat