Jangan Gembira Sangat, Jeremy Hunt Beri Amaran Tentang Ekonomi UK!

127

Walaupun ekonomi UK dicatatkan berkembang pada bulan Oktober, namun hakikatnya Menteri Kewangan Jeremy Hunt melihat pertumbuhan di negara itu dijangka akan menjadi lebih teruk.

Sebagai konteks, Pejabat Perangkaan Kebangsaan (ONS) telah mengeluarkan data keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada Isnin yang menunjukkan peningkatan 0.5% lebih baik daripada jangkaan pada Oktober.

Pemulihan itu berlaku susulan penguncupan yang dicatatkan pada bulan September apabila pengeluaran terjejas akibat cuti bank tambahan sempena pengebumian Queen Elizabeth II.

Ia juga menandakan pengembangan terbesar sejak November 2021 dan lebih tinggi daripada ramalan kenaikan 0.4% yang diunjurkan oleh pasaran.

Meskipun begitu, Jeremy Hunt berkata walaupun angka tersebut menunjukkan sedikit pertumbuhan, namun beliau menjangkakan ‘haluan’ yang sukar di hadapan.

Hal ini kerana UK turut mengalami impak daripada Covid-19, perang Rusia-Ukraine dan harga gas global yang tinggi seperti kebanyakan negara Eropah lain.

Beliau juga menyatakan ketidakpastian sama ada inflasi telah memuncak atau tidak dan bacaan yang akan diterbitkan pada hari Rabu bakal menjadi tumpuan utama.

Bank of England (BOE) masih berusaha untuk mengekang inflasi yang telah menjejaskan pertumbuhan dan bersedia menaikkan kadar faedah sekali lagi pada hari Khamis walaupun di tengah-tengah prospek ekonomi yang semakin buruk.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat