Jualan Runcit Australia Meleset Daripada Jangkaan – Ini Reaksi Dolar Aussie!

274

Dagangan matawang Asia hari ini tertumpu kepada penerbitan data jualan runcit Australia bagi bulan Januari oleh Biro Statistik Australia (ABS) yang memperlihatkan bacaan meleset daripada jangkaan pasaran.

Perbelanjaan pengguna di Australia yang diwakili oleh jualan runcit, menguncup -0.3% daripada unjuran pasaran sebanyak 0.0%, namun lebih baik daripada bacaan pada bulan lalu iaitu sebanyak -0.5%.

Berikutan itu, dolar Aussie kembali menyusut berbanding US dolar untuk diniagakan di sekitar paras 0.6590 pada sesi Asia.

Menurut ABS, krisis musim panas di Australia antara faktor utama kepada kejatuhan jualan runcit di negara itu, dan masih tiada kesan yang jelas ditunjukkan oleh wabak coronavirus setakat ini.

Ben James yang juga merupakan pengarah ABS memberitahu bahawa kebakaran hutan pada bulan Januari telah memberi kesan negatif kepada perniagaan runcit yang melibatkan pelbagai industri.

Sentimen pasaran kekal berisiko berikutan jumlah kes di Amerika Syarikat yang meningkat dengan mendadak dan California pula mengisytiharkan darurat di negara itu setelah kematian pertama dilaporkan.

Dolar kiwi diniagakan meningkat berbanding US dolar didorong oleh kemerosotan hasil perbendaharaan AS yang telah mendorong permintaan pelabur terhadap matawang itu.

Kelemahan prospek terhadap pertumbuhan global mungkin akan memaksa Federal Reserve (Fed) untuk melaksanakan pelonggaran dasar sepanjang tahun ini, seperti mana yang dikatakan oleh Presiden AS Donald Trump mengenai keperluan pemotongan selanjutnya.

Reserve Bank of New Zeland (RBNZ) kini dijangka akan mengikuti langkah yang sama untuk menangani impak coronavirus kepada ekonomi ketika mesyuarat polisi pada 25 Mac ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat