Jualan Runcit UK Naik Lebih Dari Jangkaan, Gbp/Usd Menguat

43

Data jualan runcit UK yang dikeluarkan sebentar tadi meningkat 1.4% pada Februari berbanding jangkaan 0.4% pada bulan sama. Data Januari dikaji semula kepada penyusutan jualan 0.5% dari 0.3% yang dilaporkan sebelum ini, manakala peningkatan tahunan juga dilaporkan kukuh daripada jangkaan di paras 3.7% berbanding sebelum ini 1.0%.

Jika tidak mengambil kira jualan bahan api, jumlah jualan hanya meningkat 1.3% pada tempoh Februari. Jualan produk makanan pula hanya meningkat 0.1% pada tempoh sama.

Harga purata meningkat 2.8% tahun ini yang merupakan kenaikan tertinggi sejak Mac 2012 dengan tekanan kenaikan harga banyak disumbangkan oleh harga bahan api yang meningkat 18.7% sepanjang tahun.

Walaubagaimanapun, harga bulanan di kesemua sektor meningkat dengan harga di kedai barangan isirumah meningkat 2.6% pada tempoh tersebut. Ini menunjukkan kenaikan mendadak dalam inflasi yang akan menarik perhatian Bank of England.

Bank pusat menjangkakan perbelanjaan pengguna akan semakin perlahan pada 2017 berikutan pendapatan sebenar semakin berkurangan disebabkan peningkatan inflasi.

Dalam konteks ini, jika peningkatan inflasi mengurangkan permintaan pengguna, bank pusat akan mengalami kesukaran untuk mengetatkan polisi.

Matawang Gbp menguat selepas data dikeluarkan dengan Gbp/Usd menguat semula di atas paras 1.2500, manakala Eur/Gbp susut hampir ke paras terendah dua minggu lalu di 0.8600.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat