Terkini: Siasatan Terhadap Skandal “Forex” Bank Negara Sedang Dijalankan

108

Siasatan terhadap kerugian dagangan “Forex” Bank Negara pada tahun 1992 sedang dijalankan berikutan pertemuan awal bersama pasukan petugas khas (task force) yang dilantik bagi menyiasat perkara ini, kata gabenor Datuk Muhammad Ibrahim.

“Pasukan petugas khas akan berhubung dengan kami dari masa ke semasa. Untuk pengetahuan anda, kami telah bertemu minggu lalu. Saya diberitahu bahawa mereka diberikan masa selama tiga bulan untuk menyelesaikan laporan siasatan tersebut. Kami akan buat yang terbaik,” katanya kepada wartawan dalam majlis pembentangan laporan Bank Negara 2016 di Kuala Lumpur petang tadi.

Dalam kenyataan pada 22 Februari, Pejabat Perdana Menteri menyatakan bahawa pasukan petugas khas akan menjalankan siasatan terhadap kerugian Forex yang berjumlah berbillion ringgit itu.

Pasukan tersebut juga akan menyiasat jika ada usaha menutup atau sengaja memberikan maklumat yang mengelirukan tentang transaksi matawang asing dalam mesyuarat Parlimen. Pasukan petugas khas ini diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

“Cuma memberikan sedikit perspektif: peristiwa tersebut berlaku 25 tahun yang lalu. Semua di antara kami yang ada di sini tidak ada pada masa itu di Bank Negara. Kami hanya boleh memberikan maklumat yang kami ketahui berdasarkan dokumen yang kita ada sahaja.” Kata Muhammad.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat