Justin Bieber Tepuk Dahi Rugi $1.24 Juta Dalam NFT BAYC!

257

“Alamak banyaknya rugi, agaknya harga NFT BAYC Bieber dapat pulih kembali tak?’

Pastinya ikonik di atas pentas, tetapi strategi pelaburan bintang pop terkenal Kanada Justin Bieber kurang berkesan apabila koleksi non-fungible token (NFT) Bored Ape Yacht Club (BAYC) dibelinya tahun lepas pada harga $1.3 juta dilaporkan mengalami kerugian susulan kini nilainya hanya $59,000.

Memang tidak dinafikan gembar-gembur NFT semasa pasaran mata wang kripto bullish telah menarik perhatian ramai selebriti untuk menyertainya, tetapi mereka juga tidak dapat mengelak daripada mengalami tempias setelah prestasi NFT semakin merudum.

Selepas Bieber melabur dalam BAYC sebanyak 500 Ethereum (ETH) bernilai $1.3 juta pada Januari 2022, 18 bulan kemudian beliau menanggung kerugian berjumlah $1.24 juta.

Secara konteks, BAYC memiliki 10,000 unit NFT yang bersandarkan blockchain ETH namun koleksinya menyaksikan penurunan besar apabila floor price merosot bawah 30 ETH seterusnya menyebabkan nilai Mutant Ape Yacht Club (MAYC), MoonBirds, Azuki dan Doodles juga tergelincir.

Selain Bieber, bintang bola sepak Neymar Jr dan penyanyi rap terkenal Eminem masing-masing turut mengalami kerugian sebanyak $700,000 serta $300,000 daripada pembelian NFT mereka pada tahun lepas.

Bukan itu sahaja, Madonna iaitu penyanyi Amerika Syarikat (AS) dan “Queen of Pop” telah menderita dengan sejumlah kerugian besar selepas membeli NFT BAYC tetapi harganya mula menurun secara perlahan-lahan.

Pada Disember lalu, pelabur NFT menyaman pencipta BAYC, penganjurnya, Bieber, Madonna dan Paris Hilton atas kesalahan menggunakan selebriti untuk melonjakkan jualannya dan menipu pelanggan agar mereka beli koleksi NFT BAYC.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat