Jutawan Beri Amaran – UK Mungkin Terpaksa Mendapatkan ‘Bailout’ Jika Perkara Ini Tidak Dilakukan!

254

Pelabur billionaire, Guy Hands memberi pandangan bahawa Britain berpotensi menjadi ‘negara sakit Eropah’ dan mungkin terpaksa mendapatkan bailout daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) jika mereka tidak berhasrat merundingkan semula perjanjian Brexitnya. Jutawan itu menegaskan masalah ekonomi semasa United Kingdom adalah bibit-bibit daripada perjanjian Brexit yang tidak dirundingkan dengan baik.

Atas dasar itu, Guy Hands tegas memberi amaran bahawa Britain perlu merundingkan semula Brexit jika tidak mahu kejadian yang lebih buruk terjadi. Menurut Hands, beliau secara peribadi berpandangan pengunduran Britain dari Kesatuan Eropah (EU) adalah punca utama masalah ekonomi United Kingdom yang berterusan.

Berdasarkan laporan The Telegraph, Hands percaya bahawa kegawatan ekonomi Britain dapat dikatakan hampir mencapai kemuncaknya apabila mata wang pound telah ke kadar pertukaran terendah berbanding US dolar bermula enam tahun lalu dan akhirnya boleh membawa kepada negara yang ‘sakit’.

Walaupun Britain mungkin tidak memerlukan bailout segera, Hands, pengasas firma ekuiti swasta Terra Firma, menegaskan mendapatkan bantuan kewangan sedemikian dapat menjadi kenyataan jika menteri UK gagal merundingkan semula perjanjian Brexit.

Peningkatan cukai secara berterusan, pengurangan penambahbaikan dan pengurangan dalam perkhidmatan sosial secara berterusan dan kadar faedah yang lebih tinggi dapat membawa kepada keperluan perlunya bailout daripada IMF.

Cadangan pemotongan cukai oleh Kwasi Kwarteng, bekas canselor perbendaharaan United Kingdom telah menakutkan pasaran kewangan sehingga mendorong mata wang pound susut ke paras terendah berbanding US dolar.

Mata wang pound walaubagaimanapun setakat ini mula bangkit berbanding US dolar dengan didagangkan kukuh 0.49% kepada paras dagangan 1.1330 berikutan harapan UK di bawah pimpinan Rishi Sunak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat