Kadar Faedah Akan Naik, Jika Inflasi Tak Turun!- Fed Williams

357

Penggubal dasar Federal Reserve (Fed), John Williams berkata bahawa bank pusat sentiasa mempunyai pilihan untuk menaikkan kadar faedah sekiranya inflasi tidak kembali ke sasaran 2%.

Ujarnya, kadar faedah akan mengambil masa untuk memberi kesan ke atas ekonomi sebelum inflasi kembali ke tahap yang diinginkan.

Oleh itu, beliau tidak melihat bahawa inflasi boleh turun ke sasaran bank pusat sehingga dua tahun akan datang.

Presiden Fed New York itu turut berkata bahawa pengangguran mungkin meningkat kepada 4%-4.5%, daripada paras terendah 54 tahun semasa 3.4%.

Minggu lalu, Jawatankuasa Pasaran Terbuka (FOMC) telah memutuskan untuk menaikkan kadar faedahnya kepada 25 mata asas kepada julat sasaran 5%-5.25% dan turut memberi indikasi untuk menghentikan kenaikan.

Namun begitu, pelabur mungkin tidak boleh tergesa-gesa membuat kesimpulan terhadap keputusan FOMC minggu lepas.

Hal ini kerana, Williams berkata bahawa Fed belum mengesahkan bahawa mereka telah selesai menaikkan kadar.

Oleh itu, bagi memastikan matlamatnya tercapai, bank pusat akan terus menilai apa yang berlaku dalam ekonomi dan membuat keputusan berdasarkan data tersebut.

Tambahan daripada itu, beliau juga tidak melihat kemungkinan kadar faedah akan diturunkan pada tahun ini, sambil menambah bahawa kenaikan kadar tambahan mungkin berlaku jika data tidak memberikan kerjasama.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat