Ke Tepi Semua! Ini Masa Untuk Emas Meroket

1,253

Pelabur emas menyambut baik kenyataan bernada dovish Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell tentang kemungkinan kenaikan kadar faedah yang lebih perlahan tidak lama lagi.

Sesi Asia menyaksikan logam kuning itu didagangkan kukuh di sekitar puncak tertinggi tiga bulan pada $1,776 per auns, dengan niaga hadapan emas pula lebih kuat pada $1,790 per auns.

Komoditi berharga itu pada mulanya susut rendah ekoran bacaan data keluaran dalam negara kasar (KDNK) Amerika Syarikat yang lebih baik daripada jangkaan, namun kembali melonjak setelah mendengar kenyataan Powell.

Meneliti komen terbaru dari ketua bank pusat AS, beliau berkata bank pusat itu berada pada kedudukan yang sesuai untuk mengurangkan saiz kenaikan kadar secepatnya bulan Disember.

Namun, beliau juga memberi amaran bahawa usaha memerangi inflasi masih belum tamat dan tiada petunjuk mengenai berapa kadar perlu dinaikkan dan berapa lama pengetatan akan berjalan.

Pelabur kini meningkatkan jangkaan untuk kenaikan sebanyak 50 mata asas dalam kadar faedah Fed pada mesyuarat polisi yang bakal berlangsung 13-14 Disember.

Tumpuan seterusnya beralih kepada data perbelanjaan pengguna peribadi (PCE) pada malam ini dan laporan pekerjaan NFP AS pada Jumaat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat