Kebisuan BOE Buatkan Pelabur Berspekulasi Tentang Kenaikan Kadar Faedah!

205

Pelabur tampaknya masih belum dapat melupakan keputusan mengejut Bank Pusat England (BOE) pada Disember lalu yang telah menaikkan kadar faedah tanpa memberi sebarang petunjuk lebih awal.

Menjelang mesyuarat polisi yang akan berlangsung pada minggu depan (3 Februari), pelabur kini dilihat lebih bersedia untuk sebarang tindakan daripada BOE.

Hal ini kerana, sejak keputusan kadar faedah pada bulan lalu, tiada penggubal dasar BOE yang berucap mengenai dasar monetari dan perkembangan ekonomi semasa, terutamanya Gabenor Andrew Bailey.

Ini sekali gus mencetuskan spekulasi daripada pasaran bahawa kenaikan kadar faedah seterusnya bakal dibuat pada mesyuarat akan datang.

Pada pertemuan lalu, bank pusat telah mengejutkan pasaran dengan meningkatkan kadar faedah sebanyak 15 mata asas kepada 0.25% bagi menangani inflasi yang semakin meningkat ke paras tertinggi 10 tahun (menurut data inflasi yang dikeluarkan pada Disember).

Namun, data terbaharu menunjukkan kadar inflasi UK telah melonjak lebih tinggi sehingga mencecah tahap paling tinggi dalam tempoh hampir 30 tahun. Jadi, tidak mustahil sekiranya bank pusat mengambil langkah untuk menaikkan kadar sekali lagi bagi memerangi inflasi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat