Kedudukan Terkini Matawang Dalam Sesi Dagangan New York, GBP Mengukuh Kembali!

690

Matawang US dolar kekal stabil berbanding enam matawang utama pada hari Rabu menjelang keputusan the Fed dimana penggubal dasar dijangka akan menurunkan kadar faedah buat pertama kali dalam tempoh lebih 1 dekad.

Tumpuan pasaran kini adalah pada persoalan adakah the fed akan membuka ruang untuk pelonggaran polisi monetari pada masa akan datang bagi menangani pertumbuhan ekonomi global yang perlahan dan konflik perdagangan.

Menurut penganalisis Daiwa Securities, Yukio Ishizuki, the Fed berkemungkinan akan mencuba akan perkara tersebut dan dalam masa yang sama tidak tergesa-gesa untuk pelonggaran monetari polisi pada masa akan datang. Dalam masa yang sama, Jerome Powell tidak berada dalam posisi yang dapat mejanjikan potongan kadar pada masa akan datang.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan sedikit kukuh pada paras 97.820, naik 0.02% setakat jam 10.40 p.m.

US dolar didagangkan rendah berbanding yen pada paras 108.54 dengan menyusut sebanyak 0.05% dan Euro berada posisi jual dan kini didagangkan rendah pada paras 1.1137 berbanding US dolar. Bank Pusat Jepun mengekalkan polisi walaupun terdapat indikasi pelonggaran polisi monetari.

Matawang GBP yang mencatat penyusutan dalam beberapa hari ini berikutan terdapat faktor-faktor bahawa UK akan berundur daripada UK tanpa perjanjian, akhirnya mula mengukuh kembali. GBP didagangkan pada para 1.2240 berbanding US dolar, naik 0.74% setakat jam 10.45 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat