Kegoyahan USD Beri Ruang Pada Matawang Utama Untuk Bernafas

742

US dolar mengurangkan keuntungan yang diraih minggu lalu dengan didagangkan sedikit susut berbanding sekumpulan matawang utama pada sesi Eropah.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding enam matawang utama lain, diniagakan di sekitar 92.10.

Kenyataan hawkish Federal Reserve (Fed) sebelum ini telah mendorong dagangan US dolar sejak minggu lalu dan membebankan sentimen terhadap matawang berisiko sejak minggu lalu, termasuk pasaran saham.

Namun, disebabkan penurunan mendadak hasil bon AS menyebabkan pengukuhan dagangan dolar greenback sedikit terbatas.

Penanda aras hasil bon AS 10 tahun dan 30 tahun mengalami penurunan mendadak pada sesi Asia sebelum ini, menyentuh paras terendah empat bulan, di mana hasil 30 tahun susut di bawah tahap 2% buat pertama kalinya sejak Februari.

Penyusutan ini telah memberi peluang buat kebanyakan matawang utama untuk meningkat, terutamanya matawang yen Jepun yang sensitif terhadap penurunan hasil bon AS.

Matawang yen dan euro masing-masing diperdagangkan 0.2% lebih tinggi berbanding USD pada sesi Eropah.

Sementara matawang pound pula sedikit meningkat di sekitar harga 1.38470 berbanding dolar greenback, setelah menyentuh paras terendah hampir dua bulan pada awal sesi Asia sebelum ini.

Bagaimanapun, penyusutan US dolar dilihat tidak ketara dan masih meletakkan matawang gergasi itu lebih tinggi di sekitar paras ketinggian hampir dua bulan berbanding pesaing utamanya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat