Kemajuan Bursa Ditarik, Akhiri Dagangan Minggu Ini Berprestasi Layu

118

Permulaan baik Bursa Malaysia pagi ini tertahan selepas mengambil kira isyarat lemah Wall Street semalaman selepas terbitan data keluaran dalam negara kasar (GDP) Amerika Syarikat (AS).

Ketika pembukaan, indeks FBM KLCI bermula 0.81 mata pada 1,469.16 sebelum turun 4.86 mata pada 1,463.49 berbanding penutupan Khamis pada 1,468.35.

Di pasaran meluas, kerugian pada 250 atasi keuntungan pada 116, manakala 212 kaunter pula tidak berubah, 1,691 tidak didagangkan dan 13 digantung.

Jumlah perolehan pada 251.54 juta unit bernilai RM110.07 juta.

Ulas Rakuten Trade Sdn Bhd, KLCI ditutup pada wilayah positif semalam dengan akiviti bargain-hunting muncul di sebalik ketidaktentuan pasaran.

Firma turut menggariskan keadaan kes Covid-19 China sebagai faktor kebimbangan, dan meletakkan unjuran julat pasaran untuk berlegar antara 1,460-1,470.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Maybank turun 1 sen pada RM8.70, Petronas Chemicals Group Bhd kurang 11 sen pada RM8.29 dan CIMB Group Holdings Bhd susut 2 sen pada RM5.76 sementara Public Bank Bhd kekal pada RM4.40 dan IHH Healthcare Bhd mendatar pada RM6.

Saham aktif memperlihatkan Careplus Group Bhd tambah 2.5 sen pada 45 sen, Microlink Solutions Bhd capai 4.5 sen pada RM1, Top Glove Corp Bhd canak 2 sen pada 77.5 sen, Artroniq Bhd naik 1.5 sen pada 64 sen dan Advance Synergy Bhd kekal pada 18 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas turun 28.99 mata pada 10,510.91, indeks FBM Emas Shariah susut 34.58 mata pada 10,615.09, indeks FBM 70 jatuh 14.47 mata pada 12,870.41, indeks FBM ACE tolak 27.21 mata pada 5,474.44 dan indeks FBMT 100 junam 28.91 mata pada 10,220.76.

Segi sektor, indeks Tenaga turun 7.06 mata pada 774.77, indeks Produk serta Perkhidmatan susut 1.17 mata pada 177.33, indeks Perkhidmatan Kewangan jatuh 21.34 mata pada 16,530.17 sementara indeks Perladangan kumpul 5.7 mata pada 6,827.7.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat