Kemajuan Hubungan Perdagagan AS-China Semakin Menggusarkan Pasaran!

426

Pada minggu lepas, hubungan perdagangan AS-China semakin menyakinkan pasaran apabila laporan yang dikeluarkan pada hari Khamis menyatakan bahawa Beijing telah bersetuju dengan Washington untuk membatalkan pengenaan tarif antara kedua-dua buah negara tersebut.

Pada awalnya perjanjian interim perdagangan AS-China dijangka A.S akan membatalkan pengenaan tarif yang dijadualkan pada 15 Disember yang bernilai $156 billion barangan import China termasuk telefon pintar, komputer riba dan permainan.

Walaubagaimanapun, butiran pernjanjian untuk membatalkan tarif yang sedia ada sebagai sebahagian daripada perjanjian perdagangan fasa pertama telah mendapat tentangan yang kuat daripada White House.

Jumaat lalu, laporan menytakan bahawa cadangan untuk pembatalan tarif tersebut dikatakan bukan sebahagian daripada kesepakatan yang dicapai antara Presiden AS Donald Trump dan Naib Perdana Menteri Liu He pada Oktober lalu. Kenyataan yang berlawanan ini telah menimbulkan kekeliruan dalam pasaran.

Pada hari ini, Presiden AS Donald Trump akhirnya membuka mulut mengenai isu tarif yang dibangkitkan bahawa tiada apa yang berkaitan dengan pembatalan tarif telah diputuskan dan turut memberitahu walaupun China mahu mereka membatalkan tarif, beliau tidak akan bersetuju untuk itu.

Terkini Trump mengatakan bahawa kemajuan rundingan perdagangan semakin perlahan dan China memiliki banyak kelebihan dalam resolusi tarif.

Susulan daripada laporan perdagangan AS-China pasaran saham telah menunjukkan kejatuhan dan indeks US dolar juga susut berbanding enam matawang utama.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat