Kemenangan Pilihan Raya Di Tangan PM Kishida, Matawang Yen Parah!

392

Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akhirnya mengisytiharkan kemenangan bagi Parti Liberal Demokratik (LDP) untuk kekal memerintah negara itu.

Dengan meraih lebih 233 kerusi dewan rakyat dalam pilihan raya yang diadakan pada hari Ahad, Kishida dapat mengekalkan jawatannya sebagai Perdana Menteri Jepun yang dipegang sejak sebulan lalu.

LDP telah mendominasi politik Jepun selama beberapa dekad, tetapi baru-baru ini parti itu menerima kritikan kerana cara pengendaliannya terhadap wabak coronavirus di negara itu.

Ini menyebabkan beberapa pihak berpendapat bahawa LDP mungkin terpaksa bergantung kepada rakan gabungannya untuk mendapatkan majoriti. Namun, undian yang diperoleh parti itu di luar jangkaan dengan memperoleh 261 kerusi, melebihi majoriti parlimen sebanyak 233 kerusi.

Pada sesi dagangan hari ini, indeks saham Nikkei 225 Jepun ditutup 2.6% lebih tinggi, disokong oleh keyakinan pelabur bahawa majoriti langsung LDP bermakna rancangan rangsangan ekonomi Kishida akan diluluskan dengan lancar melalui parlimen.

Sebelum pilihan raya, PM Kishida telah berjanji untuk membelanjakan bertrilion yen bagi membantu menyokong ekonomi ketiga terbesar di dunia itu dalam pemulihan daripada wabak coronavirus.

Sementara itu, matawang yen susut lebih rendah menghampiri paras terendah 3 tahun berbanding US dolar susulan kemenangan Kishida, selain turut ditekan oleh hasil bon AS yang lebih tinggi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat