Kemerosotan Pasaran – BlockFi Terpaksa Berhentikan 20% Kakitangan Syarikat!

429

Platform dagangan dan pinjaman BlockFi mengambil keputusan untuk mengikuti jejak langkah Geminis, CryptoCom dan firma aset digital lain yang memilih untuk mengurangkan saiz kakitangannya secara besar-besaran berikutan aliran menurun yang melanda industri kripto. Kira-kira 20% daripada 850+ pekerja akan diberhentikan, berdasarkan catatan laman blog syarikat yang ditulis oleh pengasas bersama Zac Prince dan Flori Marquez.

Catatan blog tersebut ada menyatakan bahawa yang menjadi punca utama pengurangan pekerja secara besar-besaran adalah berikutan ” perubahan dramatik dalam keadaan makroekonomi di seluruh dunia”. Pengurangan kakitangan terkini memberi kesan kepada setiap pasukan di syarikat tersebut. Langkah ini bertujuan untuk mengurangkan perbelanjaan sebagai persediaan untuk “kemelesetan global yang berlanjutan.”

Sejak akhir tahun 2020, kakitangan firma itu telah berkembang daripada 150 kakitangan kepada lebih 850 kakitangan. Walau bagaimanapun, peralihan dramatik dalam keadaan pasaran bermula dari suku pertama 2022 yang telah memaksa BlockFi menghentikan pengembangan dan menyesuaikan semula strateginya.

Bermatlamatkan keuntungan, syarikat itu berkata ia akan menghapuskan empat bahagian perbelanjaan operasi utama, termasuk pengurangan dalam perbelanjaan pemasaran dan pampasan eksekutif, memperlahankan pertumbuhan bilangan pekerja, dan menghapuskan vendor yang tidak kritikal. Walaupun pengurangan kakitangan yang dramatik, firma itu menyatakan bahawa ia tidak akan memberi kesan kepada perkhidmatannya yang merangkumi 650,000 pelanggan global.

Disisi yang berbeza, Ketua Pegawai Eksekutif Crypto.Com Kris Marszalek berkata melalui rangkaian Twitter bahawa bursa yang berpangkalan di Singapura itu bersedia untuk memberhentikan 5% atau kira-kira 260 pekerja di tengah-tengah penjualan pasaran yang berpanjangan.

Dua minggu lalu, Gemini yang diketuai oleh Winklevoss juga mengumumkan pemotongan kakitangan sebanyak 10%, mengakui bahawa syarikat itu berada dalam fasa penguncupan. Namun begitu syarikat kripto terkemuka seperti FTX dan Binance berpandangan sebaliknya yang melihat ia adalah waktu terbaik untuk menambah bilangan pekerja.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat