Kenaikan EUR/USD Bakal Uji Zon Rintangan Minggu Lalu

617

US dolar kembali bergerak lemah sejak penghujung minggu lalu selepas pelabur kembali meletakkan keyakinan terhadap perkembangan positif vaksin Covid-19 yang sedang diagihkan di seluruh dunia membuatkan dagangan US dolar sebagai safe-haven kembali susut.

Pada pertengahan minggu lalu, pelabur menyaksikan pengukuhan US dolar namun momentum tersebut tidak kekal lama apabila mata wang itu kembali susut nilai semula pada penghujung minggu.

Seperti yang dipamerkan pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga telah kembali membuat kenaikan semula setelah penurunan pada awalnya mencecah paras 1.20200.

Harga telah bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga yang kembali memberikan isyarat trend bullish pada carta EUR/USD.

Kenaikan harga yang diteruskan sehingga awal minggu ini dijangkakan akan menguji kembali zon resistance 1.21500-1.21800 yang dicapai pada minggu lalu.

Sekiranya sentimen pasaran masih kekal positif pada minggu ini, harga berpotensi untuk meneruskan kenaikan lebih tinggi melepasi zon resistance minggu lalu.

Seterusnya, kenaikan harga akan menuju ke paras sekitar 1.22500 sekaligus mencatatkan paras tertinggi terbaru 5 minggu.

Namun, jika berlaku perubahan sentimen yang menyaksikan pengukuhan semula US dolar, pelabur bakal menyaksikan senario penurunan harga seperti minggu lalu.

Penurunan semula harga akan menguji zon sokongan pada 1.20900-1.20550 dan juga paras sokongan MA50.

Paras support 1.20200 minggu lalu kemudiannya akan diuji semula sebelum harga menuju pula ke paras tumpuan 1.2000.

Data ekonomi Eropah melibatkan sektor perniagaan di Jerman akan menjadi tumpuan pada sesi Eropah petang ini yang akan mempengaruhi mata wang Euro.

Lihat gambar carta pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat