Kenali Jutawan Wanita Pertama Afrika Dengan Kekayaan Mencecah $3.7 Bilion

4,529

Isabel Dos Santos dilahirkan pada 20 April 1973 di Baku, Azerbaijan. Beliau merupakan anak perempuan kepada Presiden Angola, Jose Eduardo Dos Santos. Meskipun dibesarkan dalam sebuah keluarga berada dan ternama, Isabel tetap gigih berusaha untuk mencapai impiannya.

Oleh itu, beliau melanjutkan pelajarannya ke King’s College London dalam bidang kejuruteraan. Setelah berjaya memperoleh segulung ijazah, Isabel membuka sebuah restoran yang diberi nama Miami Beach Restaurant yang merupakan restoran pantai pertama di Luanda Island.

Di samping itu, Isabel juga bekerja di sebuah syarikat kitar semula dari Jerman. Kemudian, beliau mula mengusahakan sebuah perniagaan trak.

Seterusnya, perkembangan teknologi walkie-talkie telah menarik minatnya untuk menceburi bidang telekomunikasi. Oleh yang demikian, beliau menerima tawaran bekerja sebagai pengurus projek di Urbana 2000. Walau bagaimanapun, minatnya terhadap perniagaan tidak pernah dilupakan.

Berdasarkan minatnya itu, beliau memutuskan untuk melabur di beberapa buah syarikat terkemuka termasuk sebuah bank terbesar di Portugal, Banco BPI dengan jumlah pendapatan sebanyak $465 juta. Selain itu, beliau turut memiliki saham sebanyak 28.8% di ZON Multimedia, sebuah syarikat pembekal kabel televisyen terbesar di Portugal.

Bukan itu sahaja! Isabel juga mempunyai saham sebanyak 25% di Unitel, syarikat rangkaian telefon bimbit terkemuka di negara berkenaan. Dengan jumlah saham tersebut, beliau telah dilantik sebagai ahli lembaga pengarah di syarikat-syarikat itu.

Kini, pegangan saham yang dimiliki semakin berkembang merangkumi Santoro Finance, Condis, Esperanza dan banyak lagi. Melalui pencapaiannya itu, Isabel Dos Santos diiktiraf sebagai wanita paling kaya dan berkuasa di Afrika! Malah beliau dikenali sebagai jutawan wanita pertama di negara berkenaan dengan hasil kekayaan sebanyak $3.7 bilion!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat