Kenyataan OPEC+ Diabaikan, Harga Minyak Mencanak!

241

OPEC+ mengesahkan akan meneruskan rancangan untuk menambah pengeluaran minyak mentah seperti yang disepakati sebelum ini, walaupun kebangkitan semula kes Covid-19 di beberapa negara, terutamanya India telah mengaburkan prospek terhadap permintaan.

Melalui satu kenyataan terbaru, Jawatankuasa Teknikal Bersama (JMMC) bersetuju bahawa kesepakatan itu perlu diteruskan untuk meningkatkan bekalan dalam tempoh tiga bulan akan datang.

Bagaimanapun, harga minyak dilihat tidak terkesan dengan kenyataan terbaru OPEC+, malah meningkat lebih tinggi.

Hal ini kerana, OPEC+ turut menyatakan keyakinan mereka terhadap pemulihan dalam permintaan minyak mentah yang lebih kuat pada tahun ini.

Ini turut disokong oleh syarikat minyak dan gas Britain BP Plc yang juga menjangkakan pemulihan lebih kuat untuk pasaran minyak.

Ketua pegawai eksekutif BP, mengatakan bahawa permintaan minyak dari pengguna terbesar dunia, China telah meningkat di atas tahap pra pandemik.

Senario pemulihan ini dapat dilihat daripada syarikat itu yang melaporkan keuntungan sehingga $2.6 bilion pada suku pertama, jauh melebihi jangkaan untuk meningkat sebanyak $1.4 bilion.

Optimisme ini membuatkan pasaran mengabaikan bacaan mengecewakan data inventori minyak mentah AS oleh Institut Petroleum Amerika (API) yang menunjukkan lonjakan sebanyak 4.3 juta tong pada minggu lepas.

Pada sesi Eropah, niaga hadapan minyak mentah WTI Amerika Syarikat kukuh pada $63.22 setong, manakala minyak mentah Brent pula diniagakan tinggi pada $66.70 setong.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat