Kenyataan Trump Terhadap WTO Dan Kesatuan Eropah Dalam Isu Perdagangan

467

Pada hari Isnin, Presiden A.S. Donald Trump memberi amaran kepada Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan mengatakan bahawa mereka akan melakukan sesuatu jika Amerika Syarikat tidak diberi layanan sama rata. Amaran tersebut dikeluarkan selepas Kesatuan Eropah (EU) mengeluarkan amaran bahawa tarif automotif A.S. akan menyakiti industri kenderaannya sendiri.

Trump, bercakap semasa pertemuan dengan Perdana Menteri Belanda Mark Rutte di White House bahawa “WTO telah memberi layanan yang buruk kepada US dan saya berharap mereka dapat mengubah cara mereka.”

Berdasarkan salah satu laporan yang dikeluarkan Axios bahawa pentadbiran Trump telah merangka undang-undang yang akan membolehkan Trump menaikkan tarif berdasarkan kehendak yang ingin ditetapkan dan membolehkan untuk merundingkan kadar tarif khas dengan negara tertentu. Dua perkara ini adalah pelanggaran asas peraturan WTO.

Walaubagaimanapun Trump mengulas bahawa US berada dalam keadan tidak menguntungkan dengan WTO. Buat masa ini US tidak merancang apa-apa, tetapi jika US tidak diperlakukan dengan betul, maka US akan melakukan sesuatu.

Menurut jurucakap Rumah Putih, buat masa ini US menumpukan untuk memperbaikan masalah dalam perdagangan bukannya meninggalkan WTO yang menjadi asas sistem perdagangan global.

Tumpuan adalah untuk melihat sistem itu dibaiki. Kata jurucakap Rumah Putih.

Berkenaan dengan hubungan perdagangan US dengan EU, semasa pertemuannya dengan Rutte, bahawa pentadbirannya akan bertemu dengan pegawai Eu bagi melakukan sesuatu berkenaan perdagangan.

Setakat ini US telah mengenakan tarif ke atas import besi dan aluminium Eropah dan sedang menjalankan satu lagi kajian keselamatan negara yang boleh membawa kepada tarif pada automotif.

Trump berkata minggu lepas bahawa kerajaan akan menyiapkan kajiannya tidak lama lagi dan kemungkinan USt akan mengambil tindakan yang sebelum ini mengancam akan mengenakan tarif 20 peratus ke atas semua kereta EU yang dipasang.

Suruhanjaya Eropah, badan eksekutif EU yang mengendalikan perdagangan untuk blok tersebut, berkata pada hari Isnin, ia cuba meyakinkan US bahawa mengenakan tarif sedemikian adalah tindakan yang salah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat