Keputusan Mesyuarat BOC Akan Pacu Pergerakan USD/CAD

431

Pergerakan harga mendatar pada carta pasangan mata wang USD/CAD pada awal minggu ini selepas penurunan harga pada minggu lalu dengan dolar Kanada didagangkan lebih kukuh berbanding US dolar.

Faktor yang membuatkan pergerakan mendatar tersebut adalah dilihat pada ketidaktentuan pada pakej rangsangan ekonomi Amerika Syarikat di samping pelabur menantikan keputusan mesyuarat polisi monetari bank pusat Kanada pada hari ini.

Terdapat jangkaan untuk keputusan polisi yang hawkish selepas laporan data pekerjaan Kanada yang diterbitkan Jumaat lalu mencatatkan bacaan yang baik dengan kadar pengangguran semakin menurun.

Namun, dolar Kanada bakal berdepan risiko penurunan harga minyak mentah yang menjadi eksport utama Kanada berikutan laporan terbaru inventori minyak mentah AS.

Bank of Canada (BOC) dijangka akan mengekalkan kadar faedah di paras 0.25% selepas bank pusat menurunkan kadar ke paras terendah tersebut pada Mac lalu ketika permulaan krisis pandemik Coronavirus bermula.

Jika keputusan positif diterbitkan dan menyokong pengukuhan Loonie, harga bakal terjun lebih rendah melepasi support 1.27800 dengan jangkaan penurunan lebih rendah menuju ke paras sekitar 1.26700.

Sebaliknya jika harga kembali melonjak semula, paras tumpuan harga dilihat pada 1.29000 sebelum kenaikan lebih tinggi pada 1.30000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat