Kerajaan Umum BPN 2.0!

1,064

Kerajaan menerusi pakej rangsangan ekonomi menyediakan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 kepada rakyat negara ini dengan peruntukan hampir RM7 bilion.

Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bantuan tersebut bertujuan membantu rakyat Malaysia yang berdepan kesukaran akibat pandemik Covid-19 dan pelaksanaan beberapa peringkat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ujar beliau, bantuan terbabit akan memberi manfaat kepada 10.6 juta penerima.

Bagi kumpulan B40, isi rumah akan menerima bantuan sebanyak RM1,000 manakala golongan bujang bakal mendapat RM500.

Sementara itu, bagi kumpulan M40, golongan isi rumah akan mendapat RM600 manakala golongan bujang menerima RM300.

Pembayaran bantuan akan dibuat secara ansuran iaitu pembayaran pertama pada Oktober dan pembayaran kedua dilakukan pada Januari tahun hadapan.

Mereka yang sebelum ini layak menerima BPN, tidak perlu membuat permohonan semula manakala mereka yang tidak layak sebelum ini, kerajaan membenarkan permohonan semula dilakukan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat